Isnin, 30 Ogos 2010

Salam Merdeka...

31 Ogos merupakan hari yang diingati oleh rakyat Malaysia. Mungkin sebab ia hari cuti? atau sebab disuruh oleh cikgu/pensyarah? atau memang mereka menghargai kemerdekaan itu sendiri?

Apakah yang terlintas di minda anda apabila mendengar perkataan kemerdekaan?

Ahad, 29 Ogos 2010

Qiyam di Masjid Al husna.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kita telah masuk ke fasa kedua dan seterusnya akan melangkah ke fasa ketiga tidak berapa lama lagi di mana dalamnya “10 terakhir Ramadhan … Malam Lailatul Qadar”. Insya Allah swt, Program Qiam Jamaie IKRAMSJ bersama penduduk akan diadakan pada 30 Ogos 2010 di Masjid Al Husna, Pusat Bandar Puchong.

Lokasi adalah seperti di bawah (Googlemaps belum update lagi, ni gambar kawasan lama, sebelum masjid tu siap):


View Larger Map

Sabtu, 28 Ogos 2010

10 Muwasofat

Gambar di atas menggambarkan 10 ciri peribadi muslim (sila klik untuk lihat lagi detail). Ia juga dirujuk sebagai 10 muwasofat muslim dan juga 10 muwasofat tarbiyyah. Semua ciri-ciri ini sangat perlu ada pada setiap muslim, namun malangnya ia tidak begitu pada masyarakat kita sekarang.

Orang islam dahulu cemerlang dan hebat kerana memiliki ciri-ciri ini. Mereka menguasai 3/4 dunia. Bagaimana dengan kita hari ini? Sangat berbeza!


Jumaat, 27 Ogos 2010

Program Berbuka IKRAM Subang Jaya

Satu lagi majlis iftar bersama-sama dengan penduduk kariah sekitar Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong akan diadakan pada 28 Ogos 2010 mulai jam 5:00 petang dan berakhir selepas Solat Terawih.

Maklumat lanjut pada link ini

Lokasi seperti di bawah


View Larger Map

Program Iftar Pemuda IKRAM SJ

Pada 22 Ogos lalu, Pemuda IKRAM SJ bersama WAMY Malaysia telah mengadakan majlis iftar untuk pelajar IPT terutamanya mereka yang mengikuti program tarbiyah dan usrah pada masa kini.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Ia dimulai dengan sesi taaruf sesama pelajar dan juga professional yang hadir, lalu disusuli dengan tazkirah mantap oleh akh Shahrul Aman dengan tajuk "Contoh amalan para sahabat di bulan Ramadhan".

Program diteruskan dengan iftar dan solat maghrib. Peserta iftar dihidangkan makanan yang enak sebagai juadah utama malam itu. Program diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Klik pada link ini atau gambar di bawah untuk melihat sorotan aktiviti yang berlangsung.

Khamis, 26 Ogos 2010

Bismillah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Hari ini bermulalah laman web bagi Pemuda IKRAM Subang Jaya. Semoga ia menjadi titik permulaan yang baik untuk semua.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!