Sabtu, 12 Februari 2011

Kejaiban generasi Muda


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Usia muda menyimpan sejuta keajaiban dan tentunya sejuta keajaiban itu tidak dimiliki oleh fasa-fasa sebelumnya mahupun sesudahnya.

ANTARA KEKUATAN DAN KEMAHUAN

Usia muda adalah sebuah fasa dalam kehidupan manusia, yang mana dalam diri seorang pemuda terkumpul dua kekuatan penting dalam hidup. Kedua kekuatan tersebut adalah ;
  1. ‘Al-Quwwah’ (Kekuatan).
  2. ‘Al-Iradah’ (Kemahuan).
Anak yang masih kecil misalnya, ia memiliki kemahuan, tapi belum diberikan kekuatan fizikal untuk merealisasikan keinginannya itu.

Sebaliknya orang yang sudah uzur, kemahuan ada tapi kekuatan fizikal sudah tidak lagi menyebelahinya.
Oleh sebab itu, hanya dalam diri orang muda lah terkumpul dua perkara penting tersebut.
Jika seorang remaja mampu menyalurkan kekuatan dan keinginannya pada perkara-perkara yang positif, maka sungguh sesuatu yang luar biasa akan berlaku kepada dirinya.

Potensi yang dimilikinya akan benar-benar terserlah sehingga ia akan menjadi sebuah peribadi yang produktif dalam berbagai bidang yang digelutinya dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, sayang seribu kali sayang jika masa muda ini berlalu begitu sahaja tanpa ada sesuatupun yang boleh dipersembahkan untuk kehidupan di dalamnya sehingga tanpa terasa, masa tua perlahan-lahan datang menjelang meskipun tanpa diundang, namun belum ada karya atau belum ada persembahan yang bererti dalam kehidupan yang telah dijalaninya selama ini.

Walaupun ia ingin masa muda kembali berulang agar ia dapat berbuat lebih baik dan lebih banyak, namun semua itu hanyalah mimpi belaka kerana masa muda yang hanya sekali bagi setiap orang tidak akan kembali lagi.

Fakta inilah yang terkandung di dalam firman Allah swt :
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS Ar-Rum : 54)

Keadaan lemah itu adalah masa kecil, kemudian keadaan kuat adalah masa muda sedangkan keadaan lemah setelah itu adalah masa tua.

Jadi jelaslah disini di mana kita dapat memahami, bahwa masa muda ini adalah masa yang istimewa.
Masa yang mesti kita manfaatkan dengan baik untuk mengumpulkan tenaga hidup. Masa yang mesti kita gunakan dengan produktif dan bukan masa untuk bersantai-santai serta bermalas-malas kerana kita mesti ingat, setelah masa ini berlalu, maka kekuatan itu tidak akan kita dapati lagi sebagaimana yang kita dapati di masa itu.
sumber: facebook IKRAM

Mesir dan Mubarak ... satu pengajaran!


Allahuakbar!

Akhirnya Mubarak meletakkan jawatannya setelah 30 tahun mencengkam rakyat mesir! Ini adalah suatu pencapaian yang besar, disambut dengan meriah dan gembira oleh rakyat Mesir yang sekian lama menantikannya. 30 tahun bukanlah suatu tempoh yang pendek. Perletakan jawatan oleh orang seperti Mubarak adalah suatu yang tidak dapat dibayangkan suatu ketika, tetapi ia sudah berlaku!

Apa pengajaran dari peristiwa bersejarah ini?

Lihat kepada orang yang terlibat di dalam protes ini? kebanyakannya adalah orang seperti mana? ...

Ya... kebanyakannya adalah orang muda, yang bersemangat waja dan berpegang kepada prinsip!

Jadi... inilah potensi pemuda! Mereka boleh mengubah dunia!
Inilah yang ditakuti oleh musuh islam! inilah yang mereka cuba jauhkan!

Cuba renungkan ... berapa lama kita spend utk berhibur berbanding mendalami ilmu?
Berapa kali sehari kita memuhasabah amalan ibadah kita berbanding melakukan kelalaian?
Berapa banyak telah kita sumbangkan tenaga kita kepada masyarakat dan juga umat islam?
Berapa kali kita baca dan renungi berita dunia berbanding buka fb dan layan hiburan, drama korea, anime dan movie?

Jadi ... marilah kita bangun dari tidur kita!

Jumaat, 4 Februari 2011

Himpunan Kebangkitan Bersama Rakyat Mesir...


Kuala Lumpur, 4 Feb: Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir. Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Dianggarkan hampir 5 ribu (ada yang menyatakan hampir 10 ribu)  menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak. Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC. Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.



Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir. Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir. Turut berucap ialah Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.




Sumber: web IKRAM SJ

Rabu, 2 Februari 2011

Himpunan Kebangkitan Bersama Rakyat Mesir 4 Feb (Jumaat) ni !

Ikhwah dan akhawat sekelian,

(1) Suasana di Mesir masih belum ada tanda kesudahan. Pada ketika ini, ratusan ribu dan mungkin sudah mencecah jutaan rakyat Mesir daripada pelbagai latarbelakang, lelaki dan perempuan, tua dan muda, berhimpun di Tahrir Square dan di beberapa bandaraya lain seperti Iskandariah.  Himpunan yang dinamakan 'Perarakan Sejuta Rakyat' atau 'March of a million people' mendapat 'boost' dengan pendirian yang dibuat oleh Tentera Mesir iaitu mereka tidak akan menggunakan apa-apa kekerasan ke atas rakyat Mesir yang berhimpun, sebaliknya cuma mengawal keselamatan.