Sabtu, 31 Mac 2012

Futsal Jr Karnival Putra Heights


Alhamdulillah, IKRAM SJ melalui unit IKRAMTeens bersama ikhwah2 dari unit pemuda yang lain telah berjaya melaksanakan program futsal Junior untuk remaja sekitar MPSJ Zon 7. Program futsal ini sempena Karnival Putra Heights yang berlangsung semenjak jumaat.

Seramai 8 pasukan futsal dari pelajar 12 tahun ke bawah, mewakili setiap perumahan dan flat yang ada di sekitar Putra Heights, atau lebih tepat lagi MPSJ Zon 7. Di samping 8 pasukan ini, ada 3 pasukan dewasa yang turut memeriahkan program dengan perlawanan persahabatan sesama mereka.

Pada awalnya kami menghadapi cabaran hebat kerana hujan turun dengan lebatnya pada waktu pagi. Pada jam 930am, futsal baru boleh dimulakan kerana hujan mulai reda. Perlawanan futsal tamat pada waktu zuhur dan penyampaian hadiah dibuat selepas solat zuhur oleh Akh Hazim, selaku ketua unit remaja (IKRAMTeens).

Diharapkan program ini mengeratkan lagi hubungan antara IKRAM SJ dengan masyarakat sekitar Putra Heights.

Sila klik kat sini untuk gambar2 semasa program : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/FutsalJrKarnivalPutraHgtsMac

Ahad, 18 Mac 2012

Sekitar Program Meniti Usia Remaja (perempuan)

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, Program untuk remaja perempuan di Putra Heights berjalan dengan baik. Seramai hampir 30 orang peserta remaja dari sekitar Zon 7 datang menyertai. Mereka dibentangkan berkenaan hal-hal berkenaan remaja perempuan dari aspek biologi dan hukum feqah, di samping menambahkan kesedaran berkenaan pentingnya mereka menjaga diri mereka sebagai seorang muslimah.

Program bermula jam 9am dan berakhir 12tghari seperti dijadualkan. Ia disampaikan oleh Ukht Fiza dan Ukht Amy. Peserta begitu bersemangat mendengar dan berinteraksi dalam program ini.

Moga ia dapat diadakan lagi pada masa2 akan datang.

untuk gambar2 lain sila klik : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/ProgRemajaMenitiUsiaBaligh

Jumaat, 16 Mac 2012

Program Meniti Usia Remaja (Akil Baligh) - remaja perempuan sahaja

Assalamualaikum,

Esok akan diadakan program Khas untuk remaja perempuan! 

Program ini istimewa sebab adik-adik remaja perempuan akan dapat belajar banyak perkara menarik berkenaan diri mereka sendiri yang sedang/akan meniti usia akil baligh.

Jom! Ajak kakak2 dan kawan2 perempuan adik2 ya!

Ahad, 11 Mac 2012

Our Untold History (ikhwah sahaja)


Alhamdulillah, program Our Untold History telah berjalan dengan baik pada weekend ini. Beberapa pelajar baru lelaki dari IPTS sekitar Subang Jaya menyertainya. Mereka didedahkan dengan kisah sejarah umat islam yang diceritakan secara interaktif di samping menimbulkan kesedaran terhadap realiti umat islam hari ini.

Program ini diadakan sebelum pelajar ini memulakan cuti semester mereka. Alhamdulillah, kelihatan peserta menjadi begitu bersemangat setelah mendengar dan memahami sejarah diri mereka sebagai umat islam.

Moga program ini boleh diteruskan lagi di masa akan datang!