Isnin, 27 Disember 2010

Outdoor Camp/Mukhayyam Pemuda IKRAM SJ-WAMY

Alhamdulillah, program outdoor camp (mukhayyam) Pemuda IKRAM SJ berlangsung dengan jayanya. Selama 2 hari satu malam peserta berprogram di Kem Lembah Genting (KLG), Batang Kali.

Program bermula dengan qiyam di Masjid Manjalara pada Jumaat Malam. Setelah subuh berjemaah, semua peserta bertolak ke KLG menaiki MPV yang ditetapkan. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam +/-.

Setiba di sana peserta terus berprogram dengan aktiviti taaruf, ingat nama kawan, kotak bermadu, kenali potensi diri serta kuliah "Hati berkilau Semangat bergelora".

Terdapat 4 kumpulan iaitu Zaid B Harithah, Usamah B Zaid, Abd Rahman B Auf dan Ammar B Yasir.

Ia disusuli dengan jungle trekking pada sebelah petang. Peserta meredah sungai, menaiki bukit, menuruni bukit berselut, meredah sungai lagi, dan menaiki serta menuruni bukit. Cabarannya boleh tahan. Peserta dapat melalui trek dalam masa hampir dua jam.

Setelah itu, peserta berehat di dalam sungai di depan KLG, sambil mendengar tazkirah dari setiap kumpulan.

Pada malamnya peserta melakukan persembahan menarik. Terdapat lakonan serta sajak. Sajak oleh kumpulan Ammar B Yasir memenangi persembahan.

Semua peserta berhirasah pada malamnya.

Pagi hari kedua dimulakan dengan sesi memanaskan badan, disusuli dengan obstacle course yang sederhana mencabar. Ia diikuti oleh flying fox di atas sungai.

Setelah semua melalui flying fox, peserta bermain polo air. Ia bertukar menjadi ragbi air.

Akhirnya program ditutup pada waktu tengah hari dan pemenang-pemenang diumumkan. Peserta kembali ke masjid manjalara dan diteruskan ke walimah akh Hazim. Alhamdulillah masih sempat.

Gambar-gambar program boleh dilihat di sini:
http://picasaweb.google.com/pemuda.IKRAM.SJ/GambarMukhayyamIKRAMSJKLGDec2010#
dan juga sini:
http://picasaweb.google.com/IKRAMSJ/OurdoorLembahGenting2#

Rabu, 22 Disember 2010

Outdoor Camp untuk ahli IKRAM 25-26 Disember

IKRAM SJ bersama WAMY Malaysia akan mengadakan Outdoor Camp untuk Ahli Biasa  dengan tema "Hati Berkilau, Semangat Bergelora!" di Kem Lembah Genting, Batang Kali.

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Bermula pada 25 Disember dan berakhir pada 26 Disember.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan  kefahaman dan ketahanan ahli-ahli IKRAM yang terlibat dalam menghadapi cabaran dalam dakwah dan kehidupan 

Isnin, 20 Disember 2010

Kem Lepasan SPM (ex-SPM) @ Baitun Nur, Banting

Pemuda IKRAM SJ mengadakan Kem Lepasan SPM untuk pelajar-pelajar SMAKL pada 22 dan 23 Disember ini di Baitun Nur, Banting.

Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang berjiwa besar dan sedar akan tanggungjawab mereka di dunia ini. Ini amat penting memandangkan krisis identiti yang sering melanda remaja-remaja hari ini.

Semoga program ini berjalan dengan baik.

Ahad, 19 Disember 2010

Kem Motivasi Remaja Surau Baiturrahman


Alhamdulillah, program Kem Motivasi Remaja anjuran JKP Zon 7, Surau Baiturrahman serta IKRAM Subang Jaya telah berjalan dengan baik. Peserta begitu bersemangat setelah tamat program.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Ia bermula pada petang Jumaat, disusuli dengan pengisian ceramah motivasi pada malamnya. Pada hari Sabtu, peserta bergerak ke Latto Charok, Janda Baik menaiki bas. Setibanya di sana, program bermula. Antara aktiviti menarik adalah memasang khemah, membina binaan12 daripada bahan terpakai serta trekking ke air terjun. Peserta pulang pada tengah hari Ahad dan tiba pada petangnya di Surau Baiturrahman.

Diharapkan mereka mendapat sesuatu yang baru dalam program ini.

Sila klik pada link di bawah untuk melihat antara gambar-gambar peserta semasa program.
Koleksi gambar program Motivasi di Janda Baik