Isnin, 27 Disember 2010

Outdoor Camp/Mukhayyam Pemuda IKRAM SJ-WAMY

Alhamdulillah, program outdoor camp (mukhayyam) Pemuda IKRAM SJ berlangsung dengan jayanya. Selama 2 hari satu malam peserta berprogram di Kem Lembah Genting (KLG), Batang Kali.

Program bermula dengan qiyam di Masjid Manjalara pada Jumaat Malam. Setelah subuh berjemaah, semua peserta bertolak ke KLG menaiki MPV yang ditetapkan. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam +/-.

Setiba di sana peserta terus berprogram dengan aktiviti taaruf, ingat nama kawan, kotak bermadu, kenali potensi diri serta kuliah "Hati berkilau Semangat bergelora".

Terdapat 4 kumpulan iaitu Zaid B Harithah, Usamah B Zaid, Abd Rahman B Auf dan Ammar B Yasir.

Ia disusuli dengan jungle trekking pada sebelah petang. Peserta meredah sungai, menaiki bukit, menuruni bukit berselut, meredah sungai lagi, dan menaiki serta menuruni bukit. Cabarannya boleh tahan. Peserta dapat melalui trek dalam masa hampir dua jam.

Setelah itu, peserta berehat di dalam sungai di depan KLG, sambil mendengar tazkirah dari setiap kumpulan.

Pada malamnya peserta melakukan persembahan menarik. Terdapat lakonan serta sajak. Sajak oleh kumpulan Ammar B Yasir memenangi persembahan.

Semua peserta berhirasah pada malamnya.

Pagi hari kedua dimulakan dengan sesi memanaskan badan, disusuli dengan obstacle course yang sederhana mencabar. Ia diikuti oleh flying fox di atas sungai.

Setelah semua melalui flying fox, peserta bermain polo air. Ia bertukar menjadi ragbi air.

Akhirnya program ditutup pada waktu tengah hari dan pemenang-pemenang diumumkan. Peserta kembali ke masjid manjalara dan diteruskan ke walimah akh Hazim. Alhamdulillah masih sempat.

Gambar-gambar program boleh dilihat di sini:
http://picasaweb.google.com/pemuda.IKRAM.SJ/GambarMukhayyamIKRAMSJKLGDec2010#
dan juga sini:
http://picasaweb.google.com/IKRAMSJ/OurdoorLembahGenting2#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan