Isnin, 27 Disember 2010

Outdoor Camp/Mukhayyam Pemuda IKRAM SJ-WAMY

Alhamdulillah, program outdoor camp (mukhayyam) Pemuda IKRAM SJ berlangsung dengan jayanya. Selama 2 hari satu malam peserta berprogram di Kem Lembah Genting (KLG), Batang Kali.

Program bermula dengan qiyam di Masjid Manjalara pada Jumaat Malam. Setelah subuh berjemaah, semua peserta bertolak ke KLG menaiki MPV yang ditetapkan. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam +/-.

Setiba di sana peserta terus berprogram dengan aktiviti taaruf, ingat nama kawan, kotak bermadu, kenali potensi diri serta kuliah "Hati berkilau Semangat bergelora".

Terdapat 4 kumpulan iaitu Zaid B Harithah, Usamah B Zaid, Abd Rahman B Auf dan Ammar B Yasir.

Ia disusuli dengan jungle trekking pada sebelah petang. Peserta meredah sungai, menaiki bukit, menuruni bukit berselut, meredah sungai lagi, dan menaiki serta menuruni bukit. Cabarannya boleh tahan. Peserta dapat melalui trek dalam masa hampir dua jam.

Setelah itu, peserta berehat di dalam sungai di depan KLG, sambil mendengar tazkirah dari setiap kumpulan.

Pada malamnya peserta melakukan persembahan menarik. Terdapat lakonan serta sajak. Sajak oleh kumpulan Ammar B Yasir memenangi persembahan.

Semua peserta berhirasah pada malamnya.

Pagi hari kedua dimulakan dengan sesi memanaskan badan, disusuli dengan obstacle course yang sederhana mencabar. Ia diikuti oleh flying fox di atas sungai.

Setelah semua melalui flying fox, peserta bermain polo air. Ia bertukar menjadi ragbi air.

Akhirnya program ditutup pada waktu tengah hari dan pemenang-pemenang diumumkan. Peserta kembali ke masjid manjalara dan diteruskan ke walimah akh Hazim. Alhamdulillah masih sempat.

Gambar-gambar program boleh dilihat di sini:
http://picasaweb.google.com/pemuda.IKRAM.SJ/GambarMukhayyamIKRAMSJKLGDec2010#
dan juga sini:
http://picasaweb.google.com/IKRAMSJ/OurdoorLembahGenting2#

Rabu, 22 Disember 2010

Outdoor Camp untuk ahli IKRAM 25-26 Disember

IKRAM SJ bersama WAMY Malaysia akan mengadakan Outdoor Camp untuk Ahli Biasa  dengan tema "Hati Berkilau, Semangat Bergelora!" di Kem Lembah Genting, Batang Kali.

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Bermula pada 25 Disember dan berakhir pada 26 Disember.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan  kefahaman dan ketahanan ahli-ahli IKRAM yang terlibat dalam menghadapi cabaran dalam dakwah dan kehidupan 

Isnin, 20 Disember 2010

Kem Lepasan SPM (ex-SPM) @ Baitun Nur, Banting

Pemuda IKRAM SJ mengadakan Kem Lepasan SPM untuk pelajar-pelajar SMAKL pada 22 dan 23 Disember ini di Baitun Nur, Banting.

Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang berjiwa besar dan sedar akan tanggungjawab mereka di dunia ini. Ini amat penting memandangkan krisis identiti yang sering melanda remaja-remaja hari ini.

Semoga program ini berjalan dengan baik.

Ahad, 19 Disember 2010

Kem Motivasi Remaja Surau Baiturrahman


Alhamdulillah, program Kem Motivasi Remaja anjuran JKP Zon 7, Surau Baiturrahman serta IKRAM Subang Jaya telah berjalan dengan baik. Peserta begitu bersemangat setelah tamat program.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Ia bermula pada petang Jumaat, disusuli dengan pengisian ceramah motivasi pada malamnya. Pada hari Sabtu, peserta bergerak ke Latto Charok, Janda Baik menaiki bas. Setibanya di sana, program bermula. Antara aktiviti menarik adalah memasang khemah, membina binaan12 daripada bahan terpakai serta trekking ke air terjun. Peserta pulang pada tengah hari Ahad dan tiba pada petangnya di Surau Baiturrahman.

Diharapkan mereka mendapat sesuatu yang baru dalam program ini.

Sila klik pada link di bawah untuk melihat antara gambar-gambar peserta semasa program.
Koleksi gambar program Motivasi di Janda Baik

Khamis, 25 November 2010

Mukhayyam di Gua Batu Maloi


IKRAM Subang Jaya akan mengadakan Mukhayyam (Perkhemahan) di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan pada hujung minggu ini, bermula dari hari Sabtu (27 Nov) hingga Ahad (28 Nov).

Sama-sama kita menghayati keindahan alam, sambil melatih diri kita untuk melalui suasana yang mencabar. Moga ia menjadi satu wasilah kepada pembinaan sakhsiah yang kuat dan bersemangat.

Sedikit info berkenaan gua tersebut:
Gua Batu Maloi sering dikunjungi 100,000 pengunjung dan pelawat dari seluruh dunia bagi setiap tahun. Tempatnya yang terletak di Air Mawang Johol Negeri Sembilan, hanya 48km dari Bandar Melaka atau 45 minit perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda.


Gambar Mukhayyam terdahulu

Jumaat, 22 Oktober 2010

Qiam Bulanan: 23 Oktober 2010



Insya Allah swt, Qiam Bulanan IKRAMSJ akan diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) bertempat di Surau BaiturRahman Putra Heights, Subang Jaya. Program bermula jam 9 malam dan akan berakhir dengan sesi riadhah pada jam 9 pagi (Ahad). Semua ahli IKRAMSJ (lelaki) dan anak-anak usrah serta sasaran mad’u masing-masing diminta hadir. Program juga akan disertai penduduk setempat. Semoga Allah swt merahmati dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah fillah serta jalinan mahabah.

Khamis, 21 Oktober 2010

aqsa2gaza: A2G BERSAMA KONVOI VP-5 TIBA GAZA CITY

Alhamdulillah. Allahuakbar! 

Rombongan AqsaSyarif dan VivaPalestina sudah memasuki Gaza!

Sila baca detail pada link di bawah!

aqsa2gaza: A2G BERSAMA KONVOI VP-5 TIBA GAZA CITY: "Assalamualaikum Alhamdulillah Allahu akbar ... Allahu akbar ... Allahu akbar ... Alhamdulillah konvoi VP5 sudah tiba di Gaza City l.k..."

Selasa, 19 Oktober 2010

Program ISK tempoh hari

Video program ISK bersama student Taylors, CUCMS dan teman-teman seperjuangan...




Moga memahami realiti kehidupan. Moga makin bersemangat! Moga ukhuwwah berkekalan!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Apa yang boleh kita sumbangkan untuk dakwah?


Ketika kita mengeluh kerana organisasi dakwah kita tidak dapat menyediakan banyak infrastuktur yang baik untuk menggerakkan dakwah, maka kita sebenarnya telah silap. Kita tidak patut sesekali mengeluh dan bertanya kenapa dakwah kita tidak ada itu dan ini? Kenapa kita tidak ada markaz dan ruang besar untuk diadakan program dakwah, kenapa kita tidak memiliki kereta dan kenderaan organisasi untuk jaulah dan bergerak?

Soalan yang jauh dari kefahaman kita sunduquna juyubuna.

Teringat seseorang yang menelefon dan memberitahu ” ustaz, tolonglah ringankan kami dari soalan di hari akhirat”. Kami bertanya kenapa? di jawabnya: saya mempunyai kenderaan. Kenderaan saya ini jarang di gunakan untuk dakwah. Hanya di gunakan untuk kerja seharian. Saya takut nanti saya akan di tanya di akhirat, berapa kalikah ianya telah digunakan untuk dakwah?

Berapa kali kita teringat apa yang akan di tanya Allah nanti? Berapa kalikah rumah kita di gunakan untuk dakwah? Berapa kerap harta yang kita ada (komputer, pakaian, kenderaan, harta benda dan apa saja) di gunakan untuk dakwah? 

Jika kita tidak tahu bagaimana ia akan di gunakan, tawarkan kepada mereka yang giat berdakwah untuk menggunakan milik kita itu… agar ia akan mengurangkan soalan yang di tanya kepada kita di sana nanti….!

dari www.muntalaq.wordpress.com

Isnin, 27 September 2010

Program ISK



bismillah...


....dengan suka citanya tanzim taylors ingin menjemput antum semua ke program penuh barokah ini... program yang diberi nama...




Ini Sejarah Kita

butir program adalah seperti berikut :

tarikh : 2-3 oktober 2010
tempat : WAMY centre, serdang
masa : 9.00 pg (sabtu) - 2.00 ptg (ahad)
bayaran : (akan diberitahu kemudian...)

program ini merupakan program mega oleh tanzim taylors untuk setiap tahun... diharapkan kepada semua peserta utk hadir dalam majlis ini...

kepada semua kepala usrah... sila confirmkan kehadiran ahli dan berikan nama kepada akh fazrin azwa a.k.a REX (013 - 4483366) selewat-lewatnya 30hb september 2010... 

 sebarang persoalan juga boleh dilontarkan kepada REX :)

Selasa, 21 September 2010

Jamuan Hari Raya IKRAM Subang Jaya

Assalamualaikum,

Diumumkan, IKRAM SJ akan mengadakan jamuan Aidilfitri di Pangsapuri Sri Mutiara, Putra Heights pada Sabtu ini , bermula 9am sehingga sebelum Zuhur.

Jemput datang dan bawa teman-teman serta keluarga!

Detail program, klik di sini
Lokasi seperti di bawah;


View Pangsapuri Sri Mutiara in a larger map

Ahad, 19 September 2010

Video: Beberapa minit sebelum convoi bergerak jauh



Sekadar berkongsi video yang dirakam oleh peserta konvoi Aqsa2Gaza!

Laluan konvoi ke Gaza!


Untuk pengetahuan semua, gambar di atas menunjukkan laluan konvoi Aqsa2Gaza. Klik gambar untuk melihat versi yang jelas.

Bermula sebuah perjalanan



Allahuakbar! Allahuakbar! Sukarelawan AqsaSyarif, Aqsa2Gaza dan VivaPalestina sudah berada di London dan sudah memulakan perjalanan mereka hari ini. Mereka telah berlepas dari KL ke Doha dan ke London pada Rabu lalu (15 Sept). Kini persiapan sudah lengkap, dan konvoi telah bergerak!

Moga Allah permudahkan perjalanan dan perjuangan mereka. Amiin!

Lebih info di Aqsa2Gaza dan AqsaSyarif

Sabtu, 18 September 2010

Perginya Ust Dahlan

Kami ingin mengucapkan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda Ust.Dahlan Mohd Zain, pada pagi 9 Syawal. Beliau adalah seorang murabbi dekad-dekad ini yang telah banyak berbakti kepada pembentukan rijal-rijal dakwah dan pembangunan ummah Islamiah.Beliau juga adalah mudir MATRI Perlis, yang melahirkan ramai orang yang memiliki kefahaman islam yang mantap.

Semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Khamis, 9 September 2010

Pengumuman: Salah seorang ahli IKRAM SJ akan ke Gaza!

Salah seorang ahli IKRAM SJ yang juga merupakan aktivis AQSAsyarif SJ akan menyertai konvoi ke Gaza!

Sumbangan boleh disalurkan ke: Akaun Bank Maybank 5641-5533-3271 atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia (Subang Jaya) 

maklumat lanjut boleh didapati di bawah:

http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/09/tujuh-7-sukarelawan-aqsa-akan-menyerati.html?spref=fb

Selasa, 7 September 2010

Salam Aidilfitri

Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Aidil Fitri menjelang tiba. Ucapan 'Salam Aidilfitri' (dan seumpama dengannya) bersambung-sambung melalui SMS, kad dan web.

Sama-sama kita menyambutnya dengan gembira atas kemenangan perjuangan dan ujian sepanjang ramadhan, dengan pengembalian hati kita kepada fitrah, dengan dekatnya kita kepada status orang bertakwa.

Jumaat, 3 September 2010

Lailatul Qadr


Sesungguhnya keutamaan pencarian malam lailatul qadar sangat besar di kalangan orang mukmin yang berpuasa, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur’an Al-Karim, yang membawa pertunjuk dan bimbingan ke jalan keredhaan Allah. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya akan bangun mendapatkan malam yang sangat hebat ganjarannya di sisi Allah,……bangunlah di malam hari dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah….

Isnin, 30 Ogos 2010

Salam Merdeka...

31 Ogos merupakan hari yang diingati oleh rakyat Malaysia. Mungkin sebab ia hari cuti? atau sebab disuruh oleh cikgu/pensyarah? atau memang mereka menghargai kemerdekaan itu sendiri?

Apakah yang terlintas di minda anda apabila mendengar perkataan kemerdekaan?

Ahad, 29 Ogos 2010

Qiyam di Masjid Al husna.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kita telah masuk ke fasa kedua dan seterusnya akan melangkah ke fasa ketiga tidak berapa lama lagi di mana dalamnya “10 terakhir Ramadhan … Malam Lailatul Qadar”. Insya Allah swt, Program Qiam Jamaie IKRAMSJ bersama penduduk akan diadakan pada 30 Ogos 2010 di Masjid Al Husna, Pusat Bandar Puchong.

Lokasi adalah seperti di bawah (Googlemaps belum update lagi, ni gambar kawasan lama, sebelum masjid tu siap):


View Larger Map

Sabtu, 28 Ogos 2010

10 Muwasofat

Gambar di atas menggambarkan 10 ciri peribadi muslim (sila klik untuk lihat lagi detail). Ia juga dirujuk sebagai 10 muwasofat muslim dan juga 10 muwasofat tarbiyyah. Semua ciri-ciri ini sangat perlu ada pada setiap muslim, namun malangnya ia tidak begitu pada masyarakat kita sekarang.

Orang islam dahulu cemerlang dan hebat kerana memiliki ciri-ciri ini. Mereka menguasai 3/4 dunia. Bagaimana dengan kita hari ini? Sangat berbeza!


Jumaat, 27 Ogos 2010

Program Berbuka IKRAM Subang Jaya

Satu lagi majlis iftar bersama-sama dengan penduduk kariah sekitar Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong akan diadakan pada 28 Ogos 2010 mulai jam 5:00 petang dan berakhir selepas Solat Terawih.

Maklumat lanjut pada link ini

Lokasi seperti di bawah


View Larger Map

Program Iftar Pemuda IKRAM SJ

Pada 22 Ogos lalu, Pemuda IKRAM SJ bersama WAMY Malaysia telah mengadakan majlis iftar untuk pelajar IPT terutamanya mereka yang mengikuti program tarbiyah dan usrah pada masa kini.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Ia dimulai dengan sesi taaruf sesama pelajar dan juga professional yang hadir, lalu disusuli dengan tazkirah mantap oleh akh Shahrul Aman dengan tajuk "Contoh amalan para sahabat di bulan Ramadhan".

Program diteruskan dengan iftar dan solat maghrib. Peserta iftar dihidangkan makanan yang enak sebagai juadah utama malam itu. Program diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Klik pada link ini atau gambar di bawah untuk melihat sorotan aktiviti yang berlangsung.

Khamis, 26 Ogos 2010

Bismillah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Hari ini bermulalah laman web bagi Pemuda IKRAM Subang Jaya. Semoga ia menjadi titik permulaan yang baik untuk semua.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!