Sabtu, 21 April 2012

Daurah TSM (penggerak)



Semalam (21 April, Sabtu) telah diadakan daurah penggerak TSM di Pejabat IKRAM Subang Jaya, Putra Heights. Seramai 10 orang penggerak dari IPT sekitar Subang Jaya telah hadir. Pengisian diberi oleh Azman Jacob dan Ustaz Fathi berkisar sekitar topik "Madrasah Rasulullah" dan "10 muwasofat muslim".

Program berjalan dengan baik. Moga ia memantapkan penggerak TSM yang ada!

Ahad, 8 April 2012

Program Ghazwatul Fikr TSM

 
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam, program Ghazwatul Fikr (GF) atau Serangan Pemikiran oleh TSM.

Seramai 20 lebih peserta hadir kali ini, di Sungai Gabai, Hulu Langat. Antara menarik program kali ini ialah peserta mandi di kawasan air berdekatan sebelum diberi pengisian berkenaan GF oleh Akh Azizi dari IMU. Pengisian berlangsung dari malam Sabtu hingga ke pagi esoknya.

Moga peserta mendapat serba sedikit manfaat dari program ini, dan memahami bahaya GF yang sedang berlaku pada umat islam pada hari ini.

Beberapa gambar masa program di sini : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/GhazwatulfikrTSMApr2012#

Ahad, 1 April 2012

Qiam ikhwah IKRAM SJ



Alhamdulillah, qiam berjamaie telah berjaya dibuat pada pagi tadi oleh ikhwah2 IKRAM SJ. Ikhwah2 mula berkumpul pada 10 malam. Ia dimulai dengan tazkirah oleh akh Kamal dalam bentuk muhasabah berkenaan pentingnya qiam berjamaie ini. Setelah itu ikhwah2 bertadarus sebelum melelapkan mata.

Jam 5am ikhwah2 mula qiam fardi, disusuli dengan qiam berjemaah pada jam 530am diimamkan oleh Ustaz Mejar Mazli. Setelah solat subuh, akh Bilal menyampaikan tazkirah bertemakan pentingnya kita membaca alQuran setiap masa. Taaruf dilakukan oleh  semua ikhwah memandangkan ada yang baru menyertai qiam kali ini.


Qiam disudahi dengan breakfast di kedai makan dengan cerianya.

Moga aktiviti2 tarbawi seperti ini dapat dikonsistenkan dalam membentuk peribadi2 hebat di kalangan ahli2 IKRAM SJ.