Ahad, 1 April 2012

Qiam ikhwah IKRAM SJ



Alhamdulillah, qiam berjamaie telah berjaya dibuat pada pagi tadi oleh ikhwah2 IKRAM SJ. Ikhwah2 mula berkumpul pada 10 malam. Ia dimulai dengan tazkirah oleh akh Kamal dalam bentuk muhasabah berkenaan pentingnya qiam berjamaie ini. Setelah itu ikhwah2 bertadarus sebelum melelapkan mata.

Jam 5am ikhwah2 mula qiam fardi, disusuli dengan qiam berjemaah pada jam 530am diimamkan oleh Ustaz Mejar Mazli. Setelah solat subuh, akh Bilal menyampaikan tazkirah bertemakan pentingnya kita membaca alQuran setiap masa. Taaruf dilakukan oleh  semua ikhwah memandangkan ada yang baru menyertai qiam kali ini.


Qiam disudahi dengan breakfast di kedai makan dengan cerianya.

Moga aktiviti2 tarbawi seperti ini dapat dikonsistenkan dalam membentuk peribadi2 hebat di kalangan ahli2 IKRAM SJ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan