Selasa, 20 September 2011

jom ke program O.U.H!


O.U.H.!
(Our Untold History) 

....merupakan program tarbawi peringkat IPT yang akan membicarakan tentang siapa kita, peranan hidup manusia sebagai khalifah dan sejarah umat Islam. Modul Ini Sejarah Kita (ISK) akan digunakan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas sekaligus membantu para mahasiswa untuk memahami sejarah mengikut konsep Islam sebenar. Program ini juga merupakan program lanjutan untuk para mahasiswa yang baru memasuki IPT di sekitar Subang Jaya (Taylors University, Sunway University, Monash University dll)




Tujuan program Ouh! dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para mahasiswa tentang matlamat hidup sebagai seorang Mahasiswa muslim. Selain itu, program ini dijalankan untuk memastikan para mahasiswa komited dengan aktiviti tarbiah anjuran Pemuda IKRAMSJ – Tanzim TSM & IKRAM Subang Jaya sekaligus merapatkan ukhuwah antara para mahasiswa secara keseluruhannya.

Tentatif
  • Jumaat (23/9/2011) 06:00pm -11:00pm – Ketibaan & Taaruf, Solat Maghrib & Tazkirah, Solat Isya’, Sesi BBQ & aktiviti ukhuwah & Al-Mulk & Tidur
  • Sabtu (24/9/2011) 05:30am-11:00pm – Solat Subuh & Tazkirah, Makan Pagi, SLOT 1, ISOMA, SLOT 2, Solat Asar, Riadah, ISOMA, SLOT 3, Al-Mulk & Tidur
  • Ahad (25/9/2011) 05:30am – 11:00am – Solat Subuh & Tazkirah, Makan Pagi, SLOT 4, Penutup Ouh! & Bersurai
Kami menyasarkan seramai 60 orang mahasiswa daripada sekitar Subang Jaya yang akan menghadiri program ini. Pihak penganjur berharap agar program ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dinyatakan.

Semoga program ini dapat keberkatan dan keredaan Ilahi di samping merapatkan ukhuwah sesama mahasiswa muslim di Subang Jaya.

Pengarah Program: Mohamad Syahmi bin Mohamed Kaberi

Maklumat lanjut: Fazrin Azwar (0134483366) & Ahmad Firdaus (019-2745045).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan