Isnin, 17 Oktober 2011

Futsal TSM-Pemuda IKRAMSJ Ke-4 di Bandar Sunway 15 Okt 2011


Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat daripada Allah S.W.T., Taylor’s, Sunway, Monash University (TSM) telah berjaya melangsungkan kejohanan Futsal Piala Dr. AO. Kejohanan tersebut berlangsung pada 15 Oktober 2011, hari Sabtu bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Court Futsal Extreme Park, Bandar Sunway.


Futsal Piala AO merupakan pertandingan yang diadakan 2 kali setahun dimana setiap kumpulan usrah/halaqah akan menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. Tujuan pertandingan Futsal Piala AO ini dianjurkan adalah untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan para mahasiswa secara kesuluruhannya yang berlainan program and jurusan. Pertandingan ini juga menggalakkan para mahasiswa untuk menjana tubuh badan yang sihat, selaras dengan 10 muwasaffat tarbiyah. Selain itu, pertandingan ini juga dianjurkan untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar TSM yang baru dan memperkenalkan kepada mereka bahawa usrah ini luas, bukan sekadar didalam bulatan sahaja.


Kejohanan kali melibatkan 9 pasukan secara keseluruhannya dan bertambah meriah dengan kehadiran beberapa pasukan jemputan dari daerah Shah Alam iaitu Management & Science University (MSU) dan INTEC. Kehadiran mereka dapat memantapkan lagi objektif futsal kali ini kerana secara tidak langsung pelajar-pelajar dari daerah Subang Jaya dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar dari Shah Alam.

Dengan semangat ukhuwwah dan itsar yang tinggi, kejohanan futsal piala Dr. AO kali ke-4 tahun ini dimenangi oleh pasukan jemputan daripada MSU selepas mengalahkan wakil dari Sunway University di perlawanan akhir yang sangat menarik. Majlis di akhiri dengan tazkirah daripada Dr. Adnan Omar dan majlis penyampaian hadian kepada pemenang. Tidak dilupakan acara tradisi untuk setiap kali kejohanan futsal Dr. AO iaitu “peluk futsal”. Pemenang-pemenang pada kejohanan kali ini:
  • Juara: MSU
  • Naib Juara: Sunway A-Level
  • Ketiga: Taylor’s FIS &  Taylor’s SAM SR
Disediakan oleh Muhammad Hamri bin Ibrahim, AJK Futsal Dr. AO, Tanzim Taylors,Sunway,Monash (TSM) Subang Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan