Sabtu, 11 Februari 2012

TSM : WARM UP 2012




Alhamdulillah, dengan izin Allah, pasukan TSM (Taylor’s, Sunway & Monash) telah berjaya menganjurkan program yang dikenali sebagai WARM-UP yang juga merupakan program sulung bagi sesi 2012. Program berbentuk santai ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada adik-adik junior mengenai TSM dengan lebih dekat lagi. Di samping dapat meningkatkan semangat mereka untuk terus bersungguh-sungguh dan komited dengan usrah dan tarbiyyah di TSM. Tidak dilupakan juga untuk merapatkan silaturrahim di antara satu sama lain yang berbeza program, universiti dan tempat tinggal.


Program ini berlangsung pada 10 hingga 11 Februari 2012, bermula pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 12 tengah hari keesokan harinya. Program bertempat di Madrasah Nur Shafie, Taman Subang Mewah, USJ 1, Selangor Darul Ehsan.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Saudara Hamri selaku pengarah program dan diteruskan dengan slot pertama iaitu BEDAH MOVIE. Slot ini dikendalikan oleh Saudara Thalhah (UM) dan movie yang dipilih ialah 3 Idiots. Banyak perkara dalam kehidupan yang dapat dipelajari daripada movie tersebut antaranya kepentingan perbuatan daripada percakapan, nilai-nilai persahabatan, kecemerlangan dalam akademik dan sebagainya. Sesi taaruf dilakukan setelah selesai slot bedah movie.
Keesokan harinya dimulakan dengan qiamulail secara individu dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah bersama qariah surau. Selesai solat subuh, peserta dikehendaki membaca Al-Mathurat dan disambung dengan TAZKIRAH pagi oleh Saudara Fizree. Tazkirah berkaitan dengan kepentingan ukhuwwah antara sesame umat Islam yang diadaptasi daripada sirah Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat baginda.
Selesai solat subuh, program diteruskan dengan Slot MAFIA WARS yang dikendalikan oleh Saudara Hamri. Permainan ini di jayakan oleh tiga watak utama iaitu mafia, hero dan penduduk kampung yang mempunyai peranan masing-masing untuk mencapai matlamat mereka. Sesi perbincangan dilakukan setelah selesai permainan bagi mendapatkan pengajaran dan maksud tersirat disebalik aktiviti tersebut.
Selesai sarapan pagi, peserta dihidangkan dengan slot kemuncak: LIVE FROM CANBERRA yang dikendalikan oleh Saudara Amir ZulHaqeem (Curtin). Dengan menggunakan kecanggihan teknologi, peserta dapat berhubung secara langsung dengan bekas pelajar Taylor’s di Canberra, Australia. Slot ini dijayakan oleh empat orang ahli panel termasuk seorang bekas pelajar INTEC iaitu saudara Syahmi, Syamil, Syazwan dan Osman. Dengan bersunggh-sungguh, mereka berkongsi pengalaman pertama kali berada di Canberra dan kenangan manis usrah dan tarbiyyah semasa di Taylor’s. Slot selama hampir sejam setengah ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar bersama peserta-peserta. Program WARM-UP kali ini ditutup dengan aktiviti riadhah di padang berhampiran.
 
Alhamdulillah, pihak penganjur berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan program ini. Diharapkan program ini mencapai matlamatnya dan dikira sebagai ibadah kepada Allah. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan