Jumaat, 22 Oktober 2010
Qiam Bulanan: 23 Oktober 2010
Labels:
Makluman
Insya Allah swt, Qiam Bulanan IKRAMSJ akan diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) bertempat di Surau BaiturRahman Putra Heights, Subang Jaya. Program bermula jam 9 malam dan akan berakhir dengan sesi riadhah pada jam 9 pagi (Ahad). Semua ahli IKRAMSJ (lelaki) dan anak-anak usrah serta sasaran mad’u masing-masing diminta hadir. Program juga akan disertai penduduk setempat. Semoga Allah swt merahmati dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah fillah serta jalinan mahabah.
Khamis, 21 Oktober 2010
aqsa2gaza: A2G BERSAMA KONVOI VP-5 TIBA GAZA CITY
Alhamdulillah. Allahuakbar!
Rombongan AqsaSyarif dan VivaPalestina sudah memasuki Gaza!
Sila baca detail pada link di bawah!
aqsa2gaza: A2G BERSAMA KONVOI VP-5 TIBA GAZA CITY: "Assalamualaikum Alhamdulillah Allahu akbar ... Allahu akbar ... Allahu akbar ... Alhamdulillah konvoi VP5 sudah tiba di Gaza City l.k..."
Selasa, 19 Oktober 2010
Program ISK tempoh hari
Labels:
Berita
Video program ISK bersama student Taylors, CUCMS dan teman-teman seperjuangan...
Moga memahami realiti kehidupan. Moga makin bersemangat! Moga ukhuwwah berkekalan!
Moga memahami realiti kehidupan. Moga makin bersemangat! Moga ukhuwwah berkekalan!
Jumaat, 15 Oktober 2010
Apa yang boleh kita sumbangkan untuk dakwah?
Labels:
Renungan
Ketika kita mengeluh kerana organisasi dakwah kita tidak dapat menyediakan banyak infrastuktur yang baik untuk menggerakkan dakwah, maka kita sebenarnya telah silap. Kita tidak patut sesekali mengeluh dan bertanya kenapa dakwah kita tidak ada itu dan ini? Kenapa kita tidak ada markaz dan ruang besar untuk diadakan program dakwah, kenapa kita tidak memiliki kereta dan kenderaan organisasi untuk jaulah dan bergerak?
Soalan yang jauh dari kefahaman kita “sunduquna juyubuna”.
Teringat seseorang yang menelefon dan memberitahu ” ustaz, tolonglah ringankan kami dari soalan di hari akhirat”. Kami bertanya kenapa? di jawabnya: “saya mempunyai kenderaan. Kenderaan saya ini jarang di gunakan untuk dakwah. Hanya di gunakan untuk kerja seharian. Saya takut nanti saya akan di tanya di akhirat, berapa kalikah ianya telah digunakan untuk dakwah?”
Berapa kali kita teringat apa yang akan di tanya Allah nanti? Berapa kalikah rumah kita di gunakan untuk dakwah? Berapa kerap harta yang kita ada (komputer, pakaian, kenderaan, harta benda dan apa saja) di gunakan untuk dakwah?
Jika kita tidak tahu bagaimana ia akan di gunakan, tawarkan kepada mereka yang giat berdakwah untuk menggunakan milik kita itu… agar ia akan mengurangkan soalan yang di tanya kepada kita di sana nanti….!
dari www.muntalaq.wordpress.com
Isnin, 27 September 2010
Program ISK
bismillah...
....dengan suka citanya tanzim taylors ingin menjemput antum semua ke program penuh barokah ini... program yang diberi nama...
Ini Sejarah Kita
butir program adalah seperti berikut :
tarikh : 2-3 oktober 2010
tempat : WAMY centre, serdang
masa : 9.00 pg (sabtu) - 2.00 ptg (ahad)
bayaran : (akan diberitahu kemudian...)
program ini merupakan program mega oleh tanzim taylors untuk setiap tahun... diharapkan kepada semua peserta utk hadir dalam majlis ini...
kepada semua kepala usrah... sila confirmkan kehadiran ahli dan berikan nama kepada akh fazrin azwa a.k.a REX (013 - 4483366) selewat-lewatnya 30hb september 2010...
sebarang persoalan juga boleh dilontarkan kepada REX :)
Selasa, 21 September 2010
Jamuan Hari Raya IKRAM Subang Jaya
Labels:
Makluman
Assalamualaikum,
Diumumkan, IKRAM SJ akan mengadakan jamuan Aidilfitri di Pangsapuri Sri Mutiara, Putra Heights pada Sabtu ini , bermula 9am sehingga sebelum Zuhur.
Jemput datang dan bawa teman-teman serta keluarga!
Detail program, klik di sini
Lokasi seperti di bawah;
View Pangsapuri Sri Mutiara in a larger map

Ahad, 19 September 2010
Video: Beberapa minit sebelum convoi bergerak jauh
Labels:
Berita
Sekadar berkongsi video yang dirakam oleh peserta konvoi Aqsa2Gaza!
Laluan konvoi ke Gaza!
Labels:
Makluman
Bermula sebuah perjalanan
Labels:
Makluman
Allahuakbar! Allahuakbar! Sukarelawan AqsaSyarif, Aqsa2Gaza dan VivaPalestina sudah berada di London dan sudah memulakan perjalanan mereka hari ini. Mereka telah berlepas dari KL ke Doha dan ke London pada Rabu lalu (15 Sept). Kini persiapan sudah lengkap, dan konvoi telah bergerak!
Moga Allah permudahkan perjalanan dan perjuangan mereka. Amiin!
Lebih info di Aqsa2Gaza dan AqsaSyarif
Sabtu, 18 September 2010
Perginya Ust Dahlan
Labels:
Berita
Kami ingin mengucapkan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda Ust.Dahlan Mohd Zain, pada pagi 9 Syawal. Beliau adalah seorang murabbi dekad-dekad ini yang telah banyak berbakti kepada pembentukan rijal-rijal dakwah dan pembangunan ummah Islamiah.Beliau juga adalah mudir MATRI Perlis, yang melahirkan ramai orang yang memiliki kefahaman islam yang mantap.
Semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Khamis, 9 September 2010
Pengumuman: Salah seorang ahli IKRAM SJ akan ke Gaza!
Labels:
Makluman
Salah seorang ahli IKRAM SJ yang juga merupakan aktivis AQSAsyarif SJ akan menyertai konvoi ke Gaza!
Sumbangan boleh disalurkan ke: Akaun Bank Maybank 5641-5533-3271 atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia (Subang Jaya)
maklumat lanjut boleh didapati di bawah:
http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/09/tujuh-7-sukarelawan-aqsa-akan-menyerati.html?spref=fb

Selasa, 7 September 2010
Salam Aidilfitri
Labels:
Renungan
Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Aidil Fitri menjelang tiba. Ucapan 'Salam Aidilfitri' (dan seumpama dengannya) bersambung-sambung melalui SMS, kad dan web.
Sama-sama kita menyambutnya dengan gembira atas kemenangan perjuangan dan ujian sepanjang ramadhan, dengan pengembalian hati kita kepada fitrah, dengan dekatnya kita kepada status orang bertakwa.
Sama-sama kita menyambutnya dengan gembira atas kemenangan perjuangan dan ujian sepanjang ramadhan, dengan pengembalian hati kita kepada fitrah, dengan dekatnya kita kepada status orang bertakwa.
Jumaat, 3 September 2010
Lailatul Qadr
Labels:
Renungan
Sesungguhnya keutamaan pencarian malam lailatul qadar sangat besar di kalangan orang mukmin yang berpuasa, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur’an Al-Karim, yang membawa pertunjuk dan bimbingan ke jalan keredhaan Allah. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya akan bangun mendapatkan malam yang sangat hebat ganjarannya di sisi Allah,……bangunlah di malam hari dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah….
Isnin, 30 Ogos 2010
Salam Merdeka...
Labels:
Renungan
31 Ogos merupakan hari yang diingati oleh rakyat Malaysia. Mungkin sebab ia hari cuti? atau sebab disuruh oleh cikgu/pensyarah? atau memang mereka menghargai kemerdekaan itu sendiri?
Apakah yang terlintas di minda anda apabila mendengar perkataan kemerdekaan?
Ahad, 29 Ogos 2010
Qiyam di Masjid Al husna.
Labels:
Makluman
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kita telah masuk ke fasa kedua dan seterusnya akan melangkah ke fasa ketiga tidak berapa lama lagi di mana dalamnya “10 terakhir Ramadhan … Malam Lailatul Qadar”. Insya Allah swt, Program Qiam Jamaie IKRAMSJ bersama penduduk akan diadakan pada 30 Ogos 2010 di Masjid Al Husna, Pusat Bandar Puchong.
Lokasi adalah seperti di bawah (Googlemaps belum update lagi, ni gambar kawasan lama, sebelum masjid tu siap):
View Larger Map

Sabtu, 28 Ogos 2010
10 Muwasofat
Labels:
Renungan
Gambar di atas menggambarkan 10 ciri peribadi muslim (sila klik untuk lihat lagi detail). Ia juga dirujuk sebagai 10 muwasofat muslim dan juga 10 muwasofat tarbiyyah. Semua ciri-ciri ini sangat perlu ada pada setiap muslim, namun malangnya ia tidak begitu pada masyarakat kita sekarang.
Orang islam dahulu cemerlang dan hebat kerana memiliki ciri-ciri ini. Mereka menguasai 3/4 dunia. Bagaimana dengan kita hari ini? Sangat berbeza!
Orang islam dahulu cemerlang dan hebat kerana memiliki ciri-ciri ini. Mereka menguasai 3/4 dunia. Bagaimana dengan kita hari ini? Sangat berbeza!
Jumaat, 27 Ogos 2010
Program Berbuka IKRAM Subang Jaya
Labels:
Makluman
Satu lagi majlis iftar bersama-sama dengan penduduk kariah sekitar Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong akan diadakan pada 28 Ogos 2010 mulai jam 5:00 petang dan berakhir selepas Solat Terawih.
Maklumat lanjut pada link ini
Lokasi seperti di bawah
View Larger Map
Maklumat lanjut pada link ini
Lokasi seperti di bawah
View Larger Map
Program Iftar Pemuda IKRAM SJ
Labels:
Berita
Pada 22 Ogos lalu, Pemuda IKRAM SJ bersama WAMY Malaysia telah mengadakan majlis iftar untuk pelajar IPT terutamanya mereka yang mengikuti program tarbiyah dan usrah pada masa kini.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Ia dimulai dengan sesi taaruf sesama pelajar dan juga professional yang hadir, lalu disusuli dengan tazkirah mantap oleh akh Shahrul Aman dengan tajuk "Contoh amalan para sahabat di bulan Ramadhan".
Program diteruskan dengan iftar dan solat maghrib. Peserta iftar dihidangkan makanan yang enak sebagai juadah utama malam itu. Program diakhiri dengan solat terawih berjemaah.
Klik pada link ini atau gambar di bawah untuk melihat sorotan aktiviti yang berlangsung.

Khamis, 26 Ogos 2010
Bismillah!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Hari ini bermulalah laman web bagi Pemuda IKRAM Subang Jaya. Semoga ia menjadi titik permulaan yang baik untuk semua.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!
Hari ini bermulalah laman web bagi Pemuda IKRAM Subang Jaya. Semoga ia menjadi titik permulaan yang baik untuk semua.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!
Langgan:
Catatan (Atom)