Sabtu, 31 Mac 2012

Futsal Jr Karnival Putra Heights


Alhamdulillah, IKRAM SJ melalui unit IKRAMTeens bersama ikhwah2 dari unit pemuda yang lain telah berjaya melaksanakan program futsal Junior untuk remaja sekitar MPSJ Zon 7. Program futsal ini sempena Karnival Putra Heights yang berlangsung semenjak jumaat.

Seramai 8 pasukan futsal dari pelajar 12 tahun ke bawah, mewakili setiap perumahan dan flat yang ada di sekitar Putra Heights, atau lebih tepat lagi MPSJ Zon 7. Di samping 8 pasukan ini, ada 3 pasukan dewasa yang turut memeriahkan program dengan perlawanan persahabatan sesama mereka.

Pada awalnya kami menghadapi cabaran hebat kerana hujan turun dengan lebatnya pada waktu pagi. Pada jam 930am, futsal baru boleh dimulakan kerana hujan mulai reda. Perlawanan futsal tamat pada waktu zuhur dan penyampaian hadiah dibuat selepas solat zuhur oleh Akh Hazim, selaku ketua unit remaja (IKRAMTeens).

Diharapkan program ini mengeratkan lagi hubungan antara IKRAM SJ dengan masyarakat sekitar Putra Heights.

Sila klik kat sini untuk gambar2 semasa program : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/FutsalJrKarnivalPutraHgtsMac

Ahad, 18 Mac 2012

Sekitar Program Meniti Usia Remaja (perempuan)

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, Program untuk remaja perempuan di Putra Heights berjalan dengan baik. Seramai hampir 30 orang peserta remaja dari sekitar Zon 7 datang menyertai. Mereka dibentangkan berkenaan hal-hal berkenaan remaja perempuan dari aspek biologi dan hukum feqah, di samping menambahkan kesedaran berkenaan pentingnya mereka menjaga diri mereka sebagai seorang muslimah.

Program bermula jam 9am dan berakhir 12tghari seperti dijadualkan. Ia disampaikan oleh Ukht Fiza dan Ukht Amy. Peserta begitu bersemangat mendengar dan berinteraksi dalam program ini.

Moga ia dapat diadakan lagi pada masa2 akan datang.

untuk gambar2 lain sila klik : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/ProgRemajaMenitiUsiaBaligh

Jumaat, 16 Mac 2012

Program Meniti Usia Remaja (Akil Baligh) - remaja perempuan sahaja

Assalamualaikum,

Esok akan diadakan program Khas untuk remaja perempuan! 

Program ini istimewa sebab adik-adik remaja perempuan akan dapat belajar banyak perkara menarik berkenaan diri mereka sendiri yang sedang/akan meniti usia akil baligh.

Jom! Ajak kakak2 dan kawan2 perempuan adik2 ya!

Ahad, 11 Mac 2012

Our Untold History (ikhwah sahaja)


Alhamdulillah, program Our Untold History telah berjalan dengan baik pada weekend ini. Beberapa pelajar baru lelaki dari IPTS sekitar Subang Jaya menyertainya. Mereka didedahkan dengan kisah sejarah umat islam yang diceritakan secara interaktif di samping menimbulkan kesedaran terhadap realiti umat islam hari ini.

Program ini diadakan sebelum pelajar ini memulakan cuti semester mereka. Alhamdulillah, kelihatan peserta menjadi begitu bersemangat setelah mendengar dan memahami sejarah diri mereka sebagai umat islam.

Moga program ini boleh diteruskan lagi di masa akan datang!

Jumaat, 17 Februari 2012

TSM: Qiam TSM


Alhamdulillah, pelajar-pelajar di IPTS sekitar Subang Jaya (Taylors, Sunway & Monash) telah mengadakan Qiam pada 15 Feb lalu. Ia diadakan di surau Al-Munawwarah, Lagoon Perdana.

Sabtu, 11 Februari 2012

TSM : WARM UP 2012




Alhamdulillah, dengan izin Allah, pasukan TSM (Taylor’s, Sunway & Monash) telah berjaya menganjurkan program yang dikenali sebagai WARM-UP yang juga merupakan program sulung bagi sesi 2012. Program berbentuk santai ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada adik-adik junior mengenai TSM dengan lebih dekat lagi. Di samping dapat meningkatkan semangat mereka untuk terus bersungguh-sungguh dan komited dengan usrah dan tarbiyyah di TSM. Tidak dilupakan juga untuk merapatkan silaturrahim di antara satu sama lain yang berbeza program, universiti dan tempat tinggal.

Sabtu, 14 Januari 2012

Qiam/Mabit Ahli Biasa bulan Januari !



Alhamdulillah, Qiam atau Mabit (Malam Bina Iman dan Taqwa) untuk ahli Biasa (AB) IKRAM SJ telah berjaya diadakan malam tadi hingga pagi ini. Ia dihadiri seramai 20++ peserta yang terdiri dari belia dan pelajar IPT (serta 3 orang kanak2 yang dibawa oleh bapa dan abang mereka).

Malam semalam ia diisi oleh pengisian berkenaan Kaab Bin Malik, seorang sahabat yang hebat, oleh Akh Aiman. Peserta kemudiannya membaca surah al-Kahfi berkumpulan sebelum tidur. Qiam dibuat pada jam 5 pagi sehingga subuh. Pengisian Subuh diisi oleh akh Ammar yang penuh syahdu.



Sementara menantikan makanan, akh Aman mengadakan senaman ekstrem hasil tunjuk ajar Ketua IPT Pusat. Senaman ini sungguh meletihkan, malah akan membakar segala lemak yang ada. Ia begitu intensif sehinggakan ramai merasa lelah setelah melaluui pusingan ketiga senaman itu.

Majlis berakhir dengan sarapan nasi lemak yang begitu sedap. Ukhuwwah yang mesra kelihatan di wajah peserta2 qiam kali ini.

Moga program2 sebegini menguatkan ikatan ruh kepada Ilahi serta ukhuwwah sesama yang datang. Amiin.

Gambar tambahan di sini : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/QiamABJan2012

Muzakarah Remaja IKRAM Pusat (MUKRIM)

Alhamdulillah. IKRAMTeens pusat telah mengadakan Muzakarah Remaja IKRAM Pusat (MUKRIM) di Pusat Latihan WAMY, Serdang. Seramai lebih kurang 50+ peserta yang terdiri dari penggerak dan aktivis IKRAMTeens seluruh negara berkumpul untuk berkongsi serta belajar akan kejayaan dan pengajaran dari gerak kerja IKRAMTeens tahun lalu.

IKRAMTeens Subang Jaya telah menghantar 4 orang wakil (beserta 3 anak kecil :) ) ke MUKRIM ini. Ia terdiri dari Ketua Unit Remaja serta AJKnya.

Antara perkongsian menarik adalah perkongsian gerak kerja IKRAMTeens Johor, yang mana mereka menyusun modul-modul umum untuk sekolah dan surau yang seterusnya menjadi 'preview' kepada program-program IKRAMTeens di luar. IKRAMTeens Terengganu berkongsi berkenaan unit PEMIKIR yang terdiri dari Ketua-ketua pelajar serta pimpinan sekolah yang menjadi penggeraknya. IKRAMTeens Pulau Pinang berkongsi keunikan kad ahli mereka yang menjadi punca keahlian yang begitu memberangsangkan. IKRAMTeens Gombak berkongsi modul tarbiyah yang digunakan, disesuaikan dari Modul Tarbiyah JK Tarbiyah pusat yang dipakai sekarang.


Program satu hari ini diakhiri dengan resolusi setiap daerah dan negeri untuk set sasaran ahli IKRAMTeens dan yang paling penting, bilangan halaqah yang bakal dibentuk pada tahun ini.

Moga Allah memudahkan urusan IKRAMTeens dalam usaha untuk menarik remaja ke arah islam dan membentuk mereka menjadi individu muslim cemerlang.

Gambar2 lain  boleh didapati di sini :  https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/MuzakarahRemajaIKRAMPusatJan2012

"Menyerlah Jauh Dari Biasa!"

Jumaat, 6 Januari 2012

Southern Gathering 2012


Alhamdulillah. Southern Gathering berjalan dengan baik pada 3 hingga 5 Januari di UIA.

200+ peserta terlibat dalam program ini. Sebahagian darinya terdiri dari student TSM (Taylors-Sunway-Monash) yang bakal fly. Mereka begitu bersemangat dan teruja.

Malah, satu malam diisi oleh salah seorang ahli IKRAMSJ, Dr Tengku Shahrom. Beliau memberi pengisian bersemamgat dan menggegarkan jiwa pada malam kedua.

Moga program ini memberi 1001 manfaat kepada adik2 yang akan terbang ke bumi Australia dan New Zealand nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jumaat, 23 Disember 2011

1000 jiwa 1 HATI!


Raudhatussakinah akan mengadakan program "1000 Jiwa 1 Hati" pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012. Ia akan diadakan di masjid negara dan pusat islam, Kuala Lumpur. 1000 remaja dijangka hadir untuk menjayakan program ini.

Pelbagai pengisian menarik dirancang untuk program ini termasuk performance oleh Shoutul Harokah (yang terkenal dengan nasyid bersemangat dan bertema kepemudaan serta keperwiraan remaja). Termasuk forum dan perkongsian kepada remaja bertemakan "Anda Bijak Jauhi Zina"

Yuran adalah PERCUMA. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di web : http://www.raudhatussakinah.com/himpunan-1000-jiwa-1-hati/

Jumaat, 16 Disember 2011

Kem Remaja Surau Baiturrahman

Alhamdulillah. Pada 16-18 Disember, IKRAMTeens dan Surau Baiturrahman telah mengadakan Kem Remaja Surau Baiturrahman. Program diadakan di Kem At Taqwa Banting. Seramai 35 peserta dari kalangan remaja semuda 11 tahun sehingga 16 tahun. Tema program ini adalah "Remaja menghadapi akil baligh".

IKRAMTeens yang diwakili oleh Abang Amir, Abang Kamal dan Kakak Amy memberi pengisian pada hari pertama yang bertemakan "remaja dan Pencipta". Pada hari kedua dan seterusnya, program diisi oleh fasilitator dari Surau Baiturrahman bertemakan "Remaja dan realiti akil baligh".

Moga program ini dapat memberikan serba sedikit kesedaran terhadap remaja di putra Heights, dan menjadikan mereka remaja muslim yang cemerlang.

Gambar lagi? klik di sini : https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/KemRemajaPutraheightsDec2011#

Sabtu, 10 Disember 2011

Futsal Remaja Putra Heights


Alhamdulillah, pada hari ini telah diadakan futsal remaja bawah 15 tahun serta bawah 12 tahun di Putra Heights. Ia adalah anjuran Surau Baiturrahman, IKRAMTEENs Subang Jaya, JKP Zon 7. Seramai 16 pasukan menyertai futsal ini, yang mana 8 daripadanya menyertai bawah 15 tahun dan 8 lagi menyertai bawah 12 tahun.

Penyertaan terdiri dari remaja Putra Heights, Putra Indah, Apartment Mutiara, Bukit Lancung dan Apartment Avenue.

Abang Hazim, selaku Ketua IKRAMTeens SJ berjaya memberi tazkirah yang penuh ringkas serta bersemangat kepada semua pemain dan penonton berkenaan pentingnya akhlak baik pada seorang remaja islam, yang boleh mereka praktikkan dalam permainan mereka hari ini...

Satu keunikan futsal kali ini ialah penekanan syarat pemain hendaklah menutup aurat, yang mana diikuti oleh para pemain. Siapa kata sukar untuk bermain bola jika tidak menutup aurat?

Gambar-gambar yang sempat diambil boleh didapati di link di bawah:
https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/FutsalRemajaPutraheightsDec2011#

Ahad, 4 Disember 2011

Sembang2 Remaja Putra Heights



Alhamdulillah. Program Sembang2 Remaja bersama remaja di sekitar Putraheights telah berjaya dengan lancarnya.

Seramai kira2 40 remaja lelaki dan perempuan datang untuk mendengar pengisian motivasi dari abang2 IKRAMTeens serta abang Jimmy Shanley. Sambil2 itu mereka menjamu selera ayam goreng serta fries yang sedap dimasak oleh pakcik2 Surau Baiturrahman.

Antara perkara menarik malam itu ialah, abang Hazim IKRAMTEEns berkongsi berkenaan 'apa yang kool' pada remaja islam, dan macam mana nak jadi 'kool' ... islamic way! Abang Jimmy pula berkongsi penglaman dia masa remaja dan highligt pengajaran2 yang dia ambil dari itu.

Moga program2 seperti ini dapat dibuat lagi di masa2 akan datang!

Oh... kalau nak gambar2 lagi ... klik kat sini :

https://picasaweb.google.com/107099568060791697663/Sembang2RemajaPutraHeightsDec2011#

Rabu, 30 November 2011

Jiluna Banat (Perempuan)

Alhamduilllah, program jiluna Banat telah berjalan dengan baik minggu ini, bermula Isnin (28 Nov) hingga Rabu (30 Nov).

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha



Assalamualaikum,

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Moga kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail dapat kita ambil pengajaran darinya!

Kajilah...

Kajilah sekeliling kita. Kajilah persekitaran kita.

Jika kita mengkajinya, maka kita akan mengelakkan diri kita dari tertipu dengan keadaan...

....yang menjadikan kita mangsa keadaan!

Jumaat, 28 Oktober 2011

TarbiahTV : Sumber inspirasi.tazkirah.peringatan anda :)



Ada satu laman youTube yang ingin direkomen di sini. Ia adalah tarbiyahTV. Di dalamnya ada beberapa tazkirah oleh ulama dan profesional.



Bermula..

Teringat apa yang pernah didengar di radio:

"Yang penting bukan bagaimana ia bermula ... tetapi bagaimana ia berakhir"...

Teringat ada suatu hadith yang menyebut hal yang sama. Oleh itu, sama-sama kita doa dan berusaha supaya akhiran kita adalah yang terbaik, dan jangan berhenti dari beramal!

Rabu, 26 Oktober 2011

Southern Gathering 2012 !!


 Acara tahunan anjuran AUSIS yang ditunggu-tunggu, Southern Gathering akan kembali lagi!!

Southern Gathering Pre-Departure Get Together merupakan program tahunan anjuran AUSIS bagi membantu para pelajar Muslim yang bakal melanjutkan pengajian di Australia dan New Zealand.

Program ini merupakan antara usaha bagi menjaga kebajikan para pelajar di bawah inisiatif AUSIS, dan diharapkan mampu menjadi medan AUSIS melahirkan bakal pelajar dan alumni akan datang yang berkualiti, yang akan terus menyokong dan mendokong kegiatan AUSIS di dalam dan di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan selanjutnya ....
.... di laman rasmi Southern Gathering,
.... Facebook Page
.....dan juga Twitter.

Daurah Belia IKRAM Selangor [0102]


 SERI KEMBANGAN - Belia IKRAM Selangor buat pertama kali akan mengadakan Daurah Belia IKRAM Selangor yang akan diadakan pada 30 Oktober 2011 (Ahad) pada jam 8.30 pagi - 4.30 ptg di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG).

Penyertaan terbuka kepada Belia (AB 01 dan 02) lelaki & wanita di seluruh Selangor. Yuran penyertaan sebanyak RM 10.00 seorang sahaja dan makanan disediakan.

Tajuk pengisian dalam daurah ialah 'Peranan Pemuda' oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail, YDP IKRAM Selangor pada sebelah pagi dan forum 'Work Life Balance' diadakan pada petangnya oleh beberapa tokoh IKRAM yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk pendaftaran, sila mendaftar melalui Pengerusi Belia IKRAM Daerah masing-masing

[untuk IKRAM SJ sila hubungi : Ahmad Nizam Shamsudin | Nizamnet@gmail.com ]

....atau emelkan nama peserta, nombor telefon, nama Naqib atau Naqibah dan nama daerah kepada JK Pendaftaran Program Daurah Belia IKRAM Selangor sebelum 26 Oktober 2011 di alamat berikut:

1. Shukri 013-388 0353 ( shukri_osman84@yahoo.com)

2. Khadijah 019-755 3004 ( khadijah.jundullah@yahoo.com)

Mohon kerjasama semua Pengerusi Belia Daerah IKRAM Selangor dan para Nuqaba' Belia untuk mendaftarkan ahli Belia IKRAM ke daurah ini dan menghebahkan makluman ini ke daerah masing-masing. Alamat tempat program ialah di Lot 1078, Batu 8 3/4, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor. Sila rujuk peta SRIAAG di gambar kanan. Klik peta untuk saiz lebih besar.