Isnin, 9 Mei 2011

Keindahan Bersama Mu : Jom sertai!



Assalamualaikum,

Program Keindahan Bersama Mu (KBM) akan diadakan di Hulu Langat, Selangor. Ia bakal menjadi suatu program yang membuka mata dan hati pemuda dan belia yang menyertainya.

KBM sudah terkenal di kalangan remaja, belia dan juga golongan profesional kerana modulnya yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan lalu memberi kesedaran terhadap betapa kita sebenarnya perlu kembali kepada fitrah kita. Program ini telah dilaksanakan di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Terengganu hinggalah ke Sarawak.

Oleh itu, saya ingin mengajak anda untuk menyertai program yang baik ini. Berikut antara butiran program ini;

Tarikh: 21-22 Mei 2011 (Sabtu Ahad)
Lokasi: Pusat Latihan YADIM, Kem Sungai Semungkis, Hulu Langat
Contact Person: Mohd Dusuki (017-3310134) atau Hasnah (012-2860224)

Silalah ajak kawan-kawan sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan