Isnin, 23 Mei 2011

Nakbah dan Konvoi...

Nakbah?

Mungkin ada yang tak perasan apa itu Nakbah. Apa relevannya dengan saya?

Baru-baru ini saya menyertai Konvoi Pembebasan Palestin, sempena peristiwa Nakbah pada 15 Mei setiap tahun.

Rupanya, ia adalah peristiwa yang sangat besar bagi umat islam. Orang Palestin dihalau keluar dari kampung dan rumah mereka pada hari itu. Ada yang dibunuh, tetapi ramai yang dihalau keluar dan menjadi pelarian di negara orang (negara jiran berdekatan seperti Lubnan).

Selalunya pelarian, lepas beberapa lama ... mereka dapat balik (seperti yang kat Myanmar/Burma sana)....

Cuma yang ini ... mereka TAK BALIK-BALIK! Sekarang orang Palestin pelarian tu, kebanyakannya dah beranak-pinak di kawasan pelarian tu (jika pernah tonton Bersamamu edisi Ramadhan tahun lepas, ada tunjuk macam mana pelarian ni sekarang - mungkin youtube ada)....

Bukan itu sahaja ... Nakbah ni menandakan bermulanya  negara HARAM Israel? Mengapa haram? Sebab dia rampas tanah orang Palestin, pastu declare tu negara dia (siap minta kat PBB lagi luluskan)...

... dan semenjak dari itu, orang Israel laknatullah ini melakukan sangat banyak terrorism kepada orang palestin (sila baca palestinkini.info ... banyak cerita kat sana!)....

"Bukan dari umatku jika ia tidur dalam keadaan umat islam yang lain kelaparan" ....

... dan saya adalah salah seorang umat islam kan? Oleh itu, kita kena perihatin terhadap benda ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan