Khamis, 26 Mei 2011

Pelancaran IKRAMTeens!


Assalamualaikum wrt.............

Menemui ikhwah dan akhwat al-ikrami seluruh Malaysia dan seantero dunia.


IKRAMTeens Satu Pengenalan :
IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ).
Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang
menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul
dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang
komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan,
mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat
kepada masyarakat dan negara.


Pelancaran IKRAMTeens

InshaAllah, pihak Sekretariat Remaja IKRAM Pusat akan mengadakan Pelancaran IKRAMTeens di peringkat pusat sebagai langkah awal untuk memperkenalkan IKRAMTeens kepada remaja, masyarakat dan juga aggensi-agensi yang terlibat dengan remaja. Butiran mengenai Pelancaran adalah seperti berikut.


Tarikh :
28 Mei 2011 (Sabtu)

Masa :
8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi :
Sekolah Sultan Alam Shah , Putrajaya.

Sasaran :
Remaja 13 - 19 tahun.
(Sasaran remaja dari KL, Selangor, Perak, N.Sembilan & Melaka)
(Dalam masa yang sama, kami juga membuka peluang kepada remaja dari negeri selain dari 5 negeri di atas)


Aktiviti :

Ucapan Presiden IKRAM
Persembahan live Haraki Band " Izzatul Islam"
Talk by : Ustaz Hasanuddin
Wall Creativity
Pameran IKRAMTeens
Pelbagai lagi....


Yuran :
Percuma



Bagaimana mahu mendaftar ?

Ada 2 kategori penyertaan.

1. Pertama : Penyertaan melalui Sekolah MUSLEH. Pihak kami telah berurusan secara rasmi dengan MUSLEH dan meminta sebilangan besar penyertaan Remaja daripada MUSLEH. Antara yang kami sasarkan ialah SRI/SMI Al-Amin Bangi, SRI/SMI Al-Amin Gombak, SRI/SMI HIra Shah Alam, SRI/SMI Hira' Jeram, SRI/SMI HIDAYAH Ipoh & SRI/SMI Assaydiyyah . Penyertaan ini akan dikumpulkan oleh Pihak sekolah, dan kemudian akan dihantar kepada JK Pendaftaran Penyertaan.


2. Kedua : Penyertaan melalui IKRAMTeens Negeri dan daerah . Setiap negeri (5 yang disebut di atas) telah diberi Kuota masing-masing. Negeri akan mengagihkan kepada daerah-daerah masing-masing. Maka bagi para remaja yang belum mendaftar melalui MUSLEH / Tidak mendaftar melalui sekolah MUSLEH, maka boleh mendaftar melalui Kuota Negeri / daerah. Sila hubungi terus PIC IKRAMTeens daerah antum untuk maklumat lanjut.


Pihak kami mensasarkan kehadiran 1000 remaja bagi menjayakan program ini.

Jika ada negeri lain (Selain dari 5 Negeri yang disebut di atas) yang berminat untuk menghantar wakil, sila maklumkan kepada PIC IKRAMTeens Negeri masing-masing, dan PIC IKRAMTeens negeri tersebut perlu memaklumkan kepada JK Pendaftaran Penyertaan iaitu Ukhti Damia 012 645 6228


Pihak kami mengharapkan doa dari ikwah/at agar program ini berjalan lancar dan dapat mendekatkan IKRAMTeens di hati para remaja sekalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan