Isnin, 30 Mei 2011

Remaja Pewaris Tamadun



Assalamaualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Allah swt menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan dan menjadikan peringkat usia muda dalam hidup manusia sebagai sebaik-baik keadaan. Pada tempoh usia yang tersebut, manusia mengalami suatu zaman di persada kemuncak kekuatan mereka.

Pemuda adalah individu yang merupakan sebahagian dari masyarakat dan pemuda adalah salah satu individu pilihan yang :

  1. Paling banyak sumbangannya dalam masyarakat.
  2. Paling dinamik.
  3. Paling berpengetahuan.

Khamis, 26 Mei 2011

Pelancaran IKRAMTeens!


Assalamualaikum wrt.............

Menemui ikhwah dan akhwat al-ikrami seluruh Malaysia dan seantero dunia.


IKRAMTeens Satu Pengenalan :
IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM ).
Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang
menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul
dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang
komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan,
mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat
kepada masyarakat dan negara.

Power of “Istighfar” (A moving story)

Baca kisah-kisah di bawah. Muhasabah diri sekejap ....
... berapa banyak kita istighfar setiap hari? 


Ia menunjukkan kelebihan beristighfar. Oleh itu, jika kita nakkan apa yang kita doakan diterima olehNya ... maka banyakkanlah istighfar...

Bacalah cerita di bawah (maaf ye, copy direct dari site asal, dalam english)...

(from website iqrasense.com).
This story about “Istighfar” is from the life of Imam Ahmed Bin Hanbal, who is considered as a renowned scholar of Islam and a famous theologian. Imam Ahmed is also considered to be the founder of the Hanbali school of fiqh (Islamic jurisprudence) and is one of the most celebrated Sunni theologians, often referred to as the "Sheikh ul-Islam" or the "Imam of Ahl al-Sunnah."

During his old age, while Imam Ahmed was travelling he stopped by a town. After the prayers, he wanted to stay for the night in the masjid yard because he didn’t know anyone in the town. Owing to his humility, he hadn’t introduced himself to anyone thinking that if he did, he would be welcomed by many people.

Failing to recognize Ahmed bin Hanbal, the caretaker of the mosque refused to let him stay in the mosque. As Imam Ahmed was quite old, the caretaker had to drag him out of the mosque. On seeing this, a baker from a nearby place felt pity for this man (Imam Ahmed) and offered to be the host to him for the night. During his stay with the baker, Imam Ahmed observed that the baker would constantly recite Istighfar (seek forgiveness from Allah). Imam Ahmed asked the baker if the constant practice of saying Istighfar had any effect on him. The baker responded by telling Imam Ahmed that Allah had accepted all of his duas (supplications), except one. When he asked him what dua was it that hadn’t been accepted, the baker replied that he had been asking Allah to provide him the privilege to meet the famous scholar Imam Ahmed bin Hanbal.

On this, Imam Ahmed bin Hanbal said that Allah had not only listened to his dua but had dragged him onto his (the baker’s) doorsteps. [Summarized from Al Jumuah magazine, vol 19, issue 7]

This story is a reminder of the power of saying Istighfar (seeking forgiveness) frequently. Let’s remember that the prophet used to say Istighfar frequently during the day.

------------------------------------------------------------------

Tafseer Al-Qurtubi states:

A man complained to Al-Hasan about a drought, and he said to him: “Pray to Allah for forgiveness.

Another man complained to him of poverty and he said to him: “Pray to Allah to forgive you."

Another man said to him: “Pray to Allah to bless me with a child.” He said: “Pray to Allah for forgiveness.

Another complained to him that his garden was dry. He said to him: “Pray to Allah for forgiveness.

    He was asked about it and he said: “This is not my personal opinion, for Allah says in Surah Nooh (interpretation of the meaning): ‘Ask forgiveness from your Lord, verily, He is Oft Forgiving; He will send rain to you in abundance. And give you increase in wealth and children, and bestow on you gardens and bestow on you rivers.” Tafseer Al-Qurtubi (18/301-302)

One of the narrators of a Hadith was asked about the manner in which forgiveness is to be sought, to which he answered: "The Messenger of Allah (sallallaahu ’alayhi wa sallam) used to say: ‘Astaghfirullah! Astaghfirullah! (I beseech Allah for forgiveness, I beseech Allah for forgiveness)’.” [Sahih Muslim].

Isnin, 23 Mei 2011

Nakbah dan Konvoi...

Nakbah?

Mungkin ada yang tak perasan apa itu Nakbah. Apa relevannya dengan saya?

Baru-baru ini saya menyertai Konvoi Pembebasan Palestin, sempena peristiwa Nakbah pada 15 Mei setiap tahun.

Rupanya, ia adalah peristiwa yang sangat besar bagi umat islam. Orang Palestin dihalau keluar dari kampung dan rumah mereka pada hari itu. Ada yang dibunuh, tetapi ramai yang dihalau keluar dan menjadi pelarian di negara orang (negara jiran berdekatan seperti Lubnan).

Selalunya pelarian, lepas beberapa lama ... mereka dapat balik (seperti yang kat Myanmar/Burma sana)....

Cuma yang ini ... mereka TAK BALIK-BALIK! Sekarang orang Palestin pelarian tu, kebanyakannya dah beranak-pinak di kawasan pelarian tu (jika pernah tonton Bersamamu edisi Ramadhan tahun lepas, ada tunjuk macam mana pelarian ni sekarang - mungkin youtube ada)....

Bukan itu sahaja ... Nakbah ni menandakan bermulanya  negara HARAM Israel? Mengapa haram? Sebab dia rampas tanah orang Palestin, pastu declare tu negara dia (siap minta kat PBB lagi luluskan)...

... dan semenjak dari itu, orang Israel laknatullah ini melakukan sangat banyak terrorism kepada orang palestin (sila baca palestinkini.info ... banyak cerita kat sana!)....

"Bukan dari umatku jika ia tidur dalam keadaan umat islam yang lain kelaparan" ....

... dan saya adalah salah seorang umat islam kan? Oleh itu, kita kena perihatin terhadap benda ni...

Isnin, 9 Mei 2011

Keindahan Bersama Mu : Jom sertai!



Assalamualaikum,

Program Keindahan Bersama Mu (KBM) akan diadakan di Hulu Langat, Selangor. Ia bakal menjadi suatu program yang membuka mata dan hati pemuda dan belia yang menyertainya.

KBM sudah terkenal di kalangan remaja, belia dan juga golongan profesional kerana modulnya yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan lalu memberi kesedaran terhadap betapa kita sebenarnya perlu kembali kepada fitrah kita. Program ini telah dilaksanakan di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Terengganu hinggalah ke Sarawak.

Oleh itu, saya ingin mengajak anda untuk menyertai program yang baik ini. Berikut antara butiran program ini;

Tarikh: 21-22 Mei 2011 (Sabtu Ahad)
Lokasi: Pusat Latihan YADIM, Kem Sungai Semungkis, Hulu Langat
Contact Person: Mohd Dusuki (017-3310134) atau Hasnah (012-2860224)

Silalah ajak kawan-kawan sekali.

Jumaat, 18 Mac 2011

Sekitar ISK pemuda IKRAMSJ

Alhamdulillah. Program ISK bersama pelajar Taylors, Sunway dan Monash di Pejabat IKRAM SJ. Seramai kira-kira 20 peserta dari kalangan pelajar tahun 1 hingga 3 lelaki hadir mendengar pengisian ISK itu. Pengisian dikendalikan oleh bekas pelajar Taylors College dan dibantu oleh ahli IKRAM SJ.

Program ini memberikan pendedahan kepada sejarah peradaban umat islam yang menyuntik semangat jati diri kepada para peserta. Diharap peserta akan dapat mengaplikasikan apa yang difahami dalam kehidupan mereka sebagai pelajar.

Selasa, 8 Mac 2011

Detail lagi untuk program ISK!

Assalamualaikum ikhwah

Peringatan untuk PROGRAM ISK
Ikhwah yang ingin menyertai bolehlah segera memberi nama selewat lewatnya sebelum iftar(khamis ni) kpd ketua usrah

Information laen yg penting:

Bayaran utk 3 kali makan RM 5 maksimum (mungkin akan turun)
Transportation akn disediakan. Ikhwah diminta utk brkumpul di Casa Subang by 7.30a.m.(Sabtu) n make sure semua dh breakfast sndiri sblm brkumpul

Barang2 dan alatan yg perlu:
  1. quran terjemah
  2. ma'thurat
  3. pakaian sukan
  4. selimut (penting)
  5. buku nota n pen
  6. recorder or video cam(optional)
  7. brg lain yg prlu mngikut kprluan msing2
NOTE: Ikhwah digalakkan n yg ingin menyumbang utk mmbntu program bolehlah infaq melalui hafiyfiy (0176147663). Sumbangan dr sumber2 laen juga digalakkan (famili,friend etc)

Program ISK


Assalamualaikum,
(Pemuda) IKRAM Subang Jaya dan Student Taylors/Sunway/Monash mempersembahkan:

"Ini Sejarah Kita (ISK)"
12 hingga 13 Mac 2011
Di Pejabat IKRAM Subang Jaya @ Putra Heights
(Lelaki shj)
Sila hubungi : Syahmi (0172898590)

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti program ini.
Belajarlah dari sejarah. Ia tidak berulang. Hanya kita yang akan mengulanginya!

Sabtu, 12 Februari 2011

Kejaiban generasi Muda


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Usia muda menyimpan sejuta keajaiban dan tentunya sejuta keajaiban itu tidak dimiliki oleh fasa-fasa sebelumnya mahupun sesudahnya.

ANTARA KEKUATAN DAN KEMAHUAN

Usia muda adalah sebuah fasa dalam kehidupan manusia, yang mana dalam diri seorang pemuda terkumpul dua kekuatan penting dalam hidup. Kedua kekuatan tersebut adalah ;
  1. ‘Al-Quwwah’ (Kekuatan).
  2. ‘Al-Iradah’ (Kemahuan).
Anak yang masih kecil misalnya, ia memiliki kemahuan, tapi belum diberikan kekuatan fizikal untuk merealisasikan keinginannya itu.

Sebaliknya orang yang sudah uzur, kemahuan ada tapi kekuatan fizikal sudah tidak lagi menyebelahinya.
Oleh sebab itu, hanya dalam diri orang muda lah terkumpul dua perkara penting tersebut.
Jika seorang remaja mampu menyalurkan kekuatan dan keinginannya pada perkara-perkara yang positif, maka sungguh sesuatu yang luar biasa akan berlaku kepada dirinya.

Potensi yang dimilikinya akan benar-benar terserlah sehingga ia akan menjadi sebuah peribadi yang produktif dalam berbagai bidang yang digelutinya dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, sayang seribu kali sayang jika masa muda ini berlalu begitu sahaja tanpa ada sesuatupun yang boleh dipersembahkan untuk kehidupan di dalamnya sehingga tanpa terasa, masa tua perlahan-lahan datang menjelang meskipun tanpa diundang, namun belum ada karya atau belum ada persembahan yang bererti dalam kehidupan yang telah dijalaninya selama ini.

Walaupun ia ingin masa muda kembali berulang agar ia dapat berbuat lebih baik dan lebih banyak, namun semua itu hanyalah mimpi belaka kerana masa muda yang hanya sekali bagi setiap orang tidak akan kembali lagi.

Fakta inilah yang terkandung di dalam firman Allah swt :
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS Ar-Rum : 54)

Keadaan lemah itu adalah masa kecil, kemudian keadaan kuat adalah masa muda sedangkan keadaan lemah setelah itu adalah masa tua.

Jadi jelaslah disini di mana kita dapat memahami, bahwa masa muda ini adalah masa yang istimewa.
Masa yang mesti kita manfaatkan dengan baik untuk mengumpulkan tenaga hidup. Masa yang mesti kita gunakan dengan produktif dan bukan masa untuk bersantai-santai serta bermalas-malas kerana kita mesti ingat, setelah masa ini berlalu, maka kekuatan itu tidak akan kita dapati lagi sebagaimana yang kita dapati di masa itu.
sumber: facebook IKRAM

Mesir dan Mubarak ... satu pengajaran!


Allahuakbar!

Akhirnya Mubarak meletakkan jawatannya setelah 30 tahun mencengkam rakyat mesir! Ini adalah suatu pencapaian yang besar, disambut dengan meriah dan gembira oleh rakyat Mesir yang sekian lama menantikannya. 30 tahun bukanlah suatu tempoh yang pendek. Perletakan jawatan oleh orang seperti Mubarak adalah suatu yang tidak dapat dibayangkan suatu ketika, tetapi ia sudah berlaku!

Apa pengajaran dari peristiwa bersejarah ini?

Lihat kepada orang yang terlibat di dalam protes ini? kebanyakannya adalah orang seperti mana? ...

Ya... kebanyakannya adalah orang muda, yang bersemangat waja dan berpegang kepada prinsip!

Jadi... inilah potensi pemuda! Mereka boleh mengubah dunia!
Inilah yang ditakuti oleh musuh islam! inilah yang mereka cuba jauhkan!

Cuba renungkan ... berapa lama kita spend utk berhibur berbanding mendalami ilmu?
Berapa kali sehari kita memuhasabah amalan ibadah kita berbanding melakukan kelalaian?
Berapa banyak telah kita sumbangkan tenaga kita kepada masyarakat dan juga umat islam?
Berapa kali kita baca dan renungi berita dunia berbanding buka fb dan layan hiburan, drama korea, anime dan movie?

Jadi ... marilah kita bangun dari tidur kita!

Jumaat, 4 Februari 2011

Himpunan Kebangkitan Bersama Rakyat Mesir...


Kuala Lumpur, 4 Feb: Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir. Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Dianggarkan hampir 5 ribu (ada yang menyatakan hampir 10 ribu)  menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak. Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC. Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.



Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir. Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir. Turut berucap ialah Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.




Sumber: web IKRAM SJ

Rabu, 2 Februari 2011

Himpunan Kebangkitan Bersama Rakyat Mesir 4 Feb (Jumaat) ni !

Ikhwah dan akhawat sekelian,

(1) Suasana di Mesir masih belum ada tanda kesudahan. Pada ketika ini, ratusan ribu dan mungkin sudah mencecah jutaan rakyat Mesir daripada pelbagai latarbelakang, lelaki dan perempuan, tua dan muda, berhimpun di Tahrir Square dan di beberapa bandaraya lain seperti Iskandariah.  Himpunan yang dinamakan 'Perarakan Sejuta Rakyat' atau 'March of a million people' mendapat 'boost' dengan pendirian yang dibuat oleh Tentera Mesir iaitu mereka tidak akan menggunakan apa-apa kekerasan ke atas rakyat Mesir yang berhimpun, sebaliknya cuma mengawal keselamatan.

Selasa, 11 Januari 2011

Southern Gathering 2011!

 Southern Gathering 2011 akan diadakan di Kem Nur Bukit Unggul. Ia dianjurkan oleh Alumni Pelajar Islam AustraliasiaNZ (AUSIS) pada 14 - 16 Januari 2011. 

Program ini menghimpunkan student Australia yang akan ke Australia, yang sedang bercuti, yang sudah tamat belajar, dan juga yang sudah bekerja. Dijangka lebih 200 orang peserta akan datang, termasuk pelajar dari IPT persediaan di sekitar Subang Jaya (Taylors College, etc).

Maklumat lanjut boleh didapati di http://ausis.org/sg11/


Isnin, 10 Januari 2011

Laman web AIMS



AIMS adalah Alumni of International Muslim Students Malaysia. Ia bertujuan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar muslim yang sedang menuntut ilmu di serata dunia dari Malaysia melalui pelbagai program, aktiviti, portal, perkhidmatan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ianya bukan khusus untuk bekas pelajar sahaja, tetapi ia juga akan menjadi jalinan kepada semua mereka yang akan menjadi pelajar, sedang belajar dan telah tamat belajar di mana saja termasuk Malaysia sendiri.

Lawati laman web mereka di : http://aimsmalaysia.wordpress.com/

Isnin, 27 Disember 2010

Outdoor Camp/Mukhayyam Pemuda IKRAM SJ-WAMY

Alhamdulillah, program outdoor camp (mukhayyam) Pemuda IKRAM SJ berlangsung dengan jayanya. Selama 2 hari satu malam peserta berprogram di Kem Lembah Genting (KLG), Batang Kali.

Program bermula dengan qiyam di Masjid Manjalara pada Jumaat Malam. Setelah subuh berjemaah, semua peserta bertolak ke KLG menaiki MPV yang ditetapkan. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam +/-.

Setiba di sana peserta terus berprogram dengan aktiviti taaruf, ingat nama kawan, kotak bermadu, kenali potensi diri serta kuliah "Hati berkilau Semangat bergelora".

Terdapat 4 kumpulan iaitu Zaid B Harithah, Usamah B Zaid, Abd Rahman B Auf dan Ammar B Yasir.

Ia disusuli dengan jungle trekking pada sebelah petang. Peserta meredah sungai, menaiki bukit, menuruni bukit berselut, meredah sungai lagi, dan menaiki serta menuruni bukit. Cabarannya boleh tahan. Peserta dapat melalui trek dalam masa hampir dua jam.

Setelah itu, peserta berehat di dalam sungai di depan KLG, sambil mendengar tazkirah dari setiap kumpulan.

Pada malamnya peserta melakukan persembahan menarik. Terdapat lakonan serta sajak. Sajak oleh kumpulan Ammar B Yasir memenangi persembahan.

Semua peserta berhirasah pada malamnya.

Pagi hari kedua dimulakan dengan sesi memanaskan badan, disusuli dengan obstacle course yang sederhana mencabar. Ia diikuti oleh flying fox di atas sungai.

Setelah semua melalui flying fox, peserta bermain polo air. Ia bertukar menjadi ragbi air.

Akhirnya program ditutup pada waktu tengah hari dan pemenang-pemenang diumumkan. Peserta kembali ke masjid manjalara dan diteruskan ke walimah akh Hazim. Alhamdulillah masih sempat.

Gambar-gambar program boleh dilihat di sini:
http://picasaweb.google.com/pemuda.IKRAM.SJ/GambarMukhayyamIKRAMSJKLGDec2010#
dan juga sini:
http://picasaweb.google.com/IKRAMSJ/OurdoorLembahGenting2#

Rabu, 22 Disember 2010

Outdoor Camp untuk ahli IKRAM 25-26 Disember

IKRAM SJ bersama WAMY Malaysia akan mengadakan Outdoor Camp untuk Ahli Biasa  dengan tema "Hati Berkilau, Semangat Bergelora!" di Kem Lembah Genting, Batang Kali.

Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Bermula pada 25 Disember dan berakhir pada 26 Disember.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan  kefahaman dan ketahanan ahli-ahli IKRAM yang terlibat dalam menghadapi cabaran dalam dakwah dan kehidupan 

Isnin, 20 Disember 2010

Kem Lepasan SPM (ex-SPM) @ Baitun Nur, Banting

Pemuda IKRAM SJ mengadakan Kem Lepasan SPM untuk pelajar-pelajar SMAKL pada 22 dan 23 Disember ini di Baitun Nur, Banting.

Program ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang berjiwa besar dan sedar akan tanggungjawab mereka di dunia ini. Ini amat penting memandangkan krisis identiti yang sering melanda remaja-remaja hari ini.

Semoga program ini berjalan dengan baik.

Ahad, 19 Disember 2010

Kem Motivasi Remaja Surau Baiturrahman


Alhamdulillah, program Kem Motivasi Remaja anjuran JKP Zon 7, Surau Baiturrahman serta IKRAM Subang Jaya telah berjalan dengan baik. Peserta begitu bersemangat setelah tamat program.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Ia bermula pada petang Jumaat, disusuli dengan pengisian ceramah motivasi pada malamnya. Pada hari Sabtu, peserta bergerak ke Latto Charok, Janda Baik menaiki bas. Setibanya di sana, program bermula. Antara aktiviti menarik adalah memasang khemah, membina binaan12 daripada bahan terpakai serta trekking ke air terjun. Peserta pulang pada tengah hari Ahad dan tiba pada petangnya di Surau Baiturrahman.

Diharapkan mereka mendapat sesuatu yang baru dalam program ini.

Sila klik pada link di bawah untuk melihat antara gambar-gambar peserta semasa program.
Koleksi gambar program Motivasi di Janda Baik

Khamis, 25 November 2010

Mukhayyam di Gua Batu Maloi


IKRAM Subang Jaya akan mengadakan Mukhayyam (Perkhemahan) di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan pada hujung minggu ini, bermula dari hari Sabtu (27 Nov) hingga Ahad (28 Nov).

Sama-sama kita menghayati keindahan alam, sambil melatih diri kita untuk melalui suasana yang mencabar. Moga ia menjadi satu wasilah kepada pembinaan sakhsiah yang kuat dan bersemangat.

Sedikit info berkenaan gua tersebut:
Gua Batu Maloi sering dikunjungi 100,000 pengunjung dan pelawat dari seluruh dunia bagi setiap tahun. Tempatnya yang terletak di Air Mawang Johol Negeri Sembilan, hanya 48km dari Bandar Melaka atau 45 minit perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda.


Gambar Mukhayyam terdahulu

Jumaat, 22 Oktober 2010

Qiam Bulanan: 23 Oktober 2010



Insya Allah swt, Qiam Bulanan IKRAMSJ akan diadakan pada 23 Oktober 2010 (Sabtu) bertempat di Surau BaiturRahman Putra Heights, Subang Jaya. Program bermula jam 9 malam dan akan berakhir dengan sesi riadhah pada jam 9 pagi (Ahad). Semua ahli IKRAMSJ (lelaki) dan anak-anak usrah serta sasaran mad’u masing-masing diminta hadir. Program juga akan disertai penduduk setempat. Semoga Allah swt merahmati dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah fillah serta jalinan mahabah.